Malaysia Dateline

463 kematian direkodkan semalam, 108 adalah BID

463 kematian harian dilaporkan pada 14 September semalam dengan 108 darinya adalah BID.

Ini menjadikan jumlah kematian direkodkan sehingga semalam akibat Covid-19 adalah 21,587.

Kadar semalam adalah kedua tertinggi selepas 592 dicatatkan pada 11 September lepas.

Kadar kematian sebenar purata untuk tujuh hari lalu adalah 104 orang setiap hari.

Perkara ini direkodkan dalam laman Covidnow yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.