Malaysia Dateline

487 kes baharu, kebolehjangkitan melonjak 3,351 kes

Malaysia masih lagi mencatatkan angka positif Covid-19 yang tinggi iaitu sebanyak 487 kes baharu setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berbahaya itu berjumlah 13,993 kes.

Daripada jumlah tersebut, 487 adalah kes tempatan manakala dua lagi merupakan kes import.

Daripada 487 kes tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seramai 467 adalah warganegara dan 20 pesakit bukan warganegara.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula melonjak kepada 3,351 kes. Sementara itu, tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan kekal sebanyak 141 kes.

Untuk rekod, terdapat 2,936 kes kebolehjangkitan virus itu semalam manakala 2,336 kes pada 5 Oktober lalu.