Malaysia Dateline

5 calon AMANAH dijangka bertembung 4 penjuru, 4 lagi 3 penjuru

Hampir kesemua calon PH bertembung empat atau tiga penjuru dalam pilihan raya negeri Melaka kali ini dengan lawan utama adalah dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Adly bersama isteri, Puan Dalilah Awalludin, di pusat penamaan calon pagi ini.

Lima calon AMANAH yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) dijangka akan bertembung empat penjuru manakala empat lagi dijangka tiga penjuru berdasarkan borang pencalonan yang difailkan pagi ini.

Lima calon AMANAH yang dijangka bertembung empat penjuru adalah Adly ZahariĀ  di Bukit Katil, Datuk Muhamad Sofi Wahab (Durian Tunggal), Mohamad Komeini Kamal (Serkam), Julasapiyah Kassim (Kuala Linggi) dan Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Telok Mas).

Pertandingan tiga penjuru di Taboh Naning antara calon PH Zairi Suboh (kanan sekali) dengan calon dari BN dan PN.

Empat calon AMANAH yang dijangka bertembung tiga penjuru dengan calon BN dan PN adalah Azrin Abd Majid (Merlimau), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Mazenah Baharuddin (Ayer Limau) dan Zairi Suboh (Tabuh Naning).

Ginie Lim (dua dari kanan) datang memberikan sokongan kepada bekas bos beliau di Bukit Katil.

Yang mengagumkan adalah kehadiran Ginie Lim, bekas Adun PKR yang digugurkan, yang datangĀ  ke pusat penamaan calon bagi memberikan sokongan moral kepada Adly. Ginie adalah bekas Exco kerajaan negeri Melaka ketika Adly adalah Ketua Menterinya.

Law Bing Haw adalah calon baru yang merupakan naib ketua Cabang PKR Kota Melaka, yang mengambil alih kerusi Ginie di DUN Machap Jaya.