Malaysia Dateline

5 himpunan bantah kenaikan harga barang, apa kesan pasukan jihad tangani inflasi Annuar Musa!

Ekoran kenaikan mendadak harga barangan keperluan bermula 1 Julai lalu apabila sabsidi ditarik balik oleh kerajaan, 5 perhimpunan sudah dan akan diadakan oleh pelbagai pihak.

Mereka membantah tindakan menarik sabsidi sehingga menyebabkan kenaikan mendadak barangan keperluan harian diikuti oleh kesan rantaian dari tindakan itu.

Kesan rantaian yang paling ketara adalah kenaikan harga barangan makanan dan keperluan harian.

Perbandingan harga minyak masak semasa PH dan sekarang.

Walaupun ada pasukan Jihad yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi melawan kenaikan harga barang, ramai yang tidak nampak keberkesanan pasukan yang dikatakan berprofil tinggi ini.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi diumumkan penubuhannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub 24 Julai lalu.

Ismail berkata, pasukan khas yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa itu berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai.

Himpunan membantah kenaikan harga barang bermula di perkarangan Masjid Kampung Bharu 1 Julai lalu yang dianjurkan oleh AMANAH.

Perhimpunan pertama di perkarangan Masjid Kg Bharu, Kuala Lumpur.

Dua minggu selepas itu iaitu pada 16 Julai, sekali lagi isu kenaikan harga barang dan kegagalan kerajaan yang ada menyelesaikannya dibangkitkan oleh pemimpin dan aktivis AMANAH.

Ketika itu, flash mob membantah kenaikan harga barang diadakan di seluruh bandar dan pekan di seluruh negara dari Perlis di utara hinggalah ke Johor di selatan Semenajung.

Flash mob diadakan di seluruh negara pada 16 Julai lalu.

Semalam sekali ini, himpunan membantah kenaikan harga barangan diadakan. Kali ini oleh anak-anak muda pula khasnya para mahasiswa.

Mereka berhimpun di depan bangunan Sogo, pusat membeli belah yang paling popular dengan perhimpunan rakyat

Anak muda dari perlbagai latar belakang khasnya mahasiswa membuat bantahan kenaikan harga barangan dengan memakaim baju berwarna hitam.

5 tuntutan dinyatakan mereka dalam perhimpunan semalam iaitu potong gaji menteri, kekalkan subsidi, bantuan bermaruah, kawal harga baranga dan selesaikan jaminan makanan.

5 tuntutan yang dibuat oleh anak muda yang berhimpun di perkarangan Sogo semalam, 23 Julai.

Esok, Isnin 24 Julai sekumpulan aktivis akan menyerahkan memorandum pada jam 10 pagi di hadapan bangunan Parlimen.

Pada hari Selasa 26 Julai jam 11 pagi pula satu lagi kumpulan aktivis akan membuat serahan memorandum berkaitan dengan jaminan makanan.

Berbeza dengan perhimpunan pada 1 dan 16 Julai yang dianjurkan oleh AMANAH, 3 himpunan lagi ini dianjurkan oleh pelbagai kumpulan aktivis di negara ini.