Malaysia Dateline

“5 kali beritahu mak, siap ucap selamat pengantin baru cuma tak setuju pilihannya”-Abang Viva akui silapnya teruskan juga perkahwinan

Didakwa perkahwinan tidak dapat restu ibu bapa, Azwan Omar atau Abang Viva mendedahkan sudah 5 kali memberitahu maknya dan bapanya sebanyak 2 kali tentang perkahwinannya cuma mereka tidak setuju dengan calon isteri pilihannya.

Abang viva tampil menerusi siaran langsung di Facebooknya malam tadi bagi menjelaskan isu beliau berkahwin tanpa restu ibu bapa sebaik sahaja berkongsi gambar perkahwinannya dengan Evanoza Zakaria.

Bagi mempertahankan tindakannya Abang Viva turut menunjukkan bukti perbualan dengan ibunya sebelum dan selepas diijab kabul.

"5 kali beritahu mak, siap ucap selamat pengantin baru cuma tak setuju pilihannya"-Abang Viva akui silapnya teruskan juga perkahwinan
abang viva 2

Selain itu, Azwan Omar juga ada mengirim gambar kahwin dan video semasa kad nikah di pejabat agama pada 14 Oktober lalu.

“Dengan ayah saya dah beritahu 3 kali, mak 5 kali, cuma mereka tak bersetuju dengan calon yang saya pilih,” katanya.

Beliau akui mungkin silapnya adalah kerana meneruskan juga perkahwinan ini, tapi bukanlah tanpa pengetahuan ibu ayah.

Bahkan sehari sebelum nikah, dia menerima sekeping nota “Selamat pengantin baru” daripada maknya.

Azwan juga memberitahu ibu dan ayahnya tidak dapat hadir ketika pernikahannya di pejabat agama kerana faktor kesihatan.

Selain itu, Abang Viva akui tidak tahu menahu apa yang terjadi antara ahli keluarganya kerana sudah dikeluarkan daripada WhatsApp Group sejak Julai lalu ketika terlibat misi banjir di Kedah menyebabkan isu berbangkit seperti ini juga tidak dapat dibincangkan bersama mereka.

“Saya tak nak cerita selebihnya sampai membuka aib sesiapa…live ini dibuat untuk betulkan kenyataan orang terhadap saya.

Di hujung sesi siaran langsung tersebut, Azwan Omar meminta semua pihak agar doakan yang terbaik dan beri mereka peluang untuk selesaikan salah faham ini dengan tenang dan tertutup.

Dia juga tidak mahu cerita lebih lanjut sehingga membuka aib sesiapa, sebaliknya niatnya tampil kepada umum malam tadi adalah untuk membetulkan tanggapan orang terhadapnya dan isteri sahaja dipetik viralnewsupdates & utube viral terkini Malaysia.

Baca juga: Ahli keluarga dakwa Abang Viva kahwin tanpa restu ibu bapa