Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen dilengkapi aksesori sebagai kenderaan polis yang diterima pada 7 Oktober 2021 adalah hanya untuk uji cuba atau peringkat pembuktian konsep (POC) tanpa sebarang perjanjian urusan pembelian.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM Datuk Hazami Ghazali tempoh uji cuba adalah selama dua minggu melibatan kenderaan modal BMW x3 dan Volkswagen Tuguan di mana kenderaan tersebut akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan cawangan pengiring PDRM
Katanya, tujuan uji cara ini adalah untuk mendapatkan maklum balas sama ada kenderaan-kenderaan berkenaan sesuai atau tidak digunakan bagi sebarang penugasan dalam PDRM.
“PDRM sedia maklum akan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan dan tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya untuk uji cuba sebelum sebarang keputusan untuk penggunaannya diputuskan oleh PDRM kelak,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, beberapa gambar kenderaan mewah dengan logo PDRM tular di media sosial bagaimanapun gambar-gambar itu mengundang pelbagai reaksi, dengan beberapa memuji sementara yang lain mempersoalkan perlunya pengeluaran wang pembayar cukai seperti itu ketika negara masih menghadapi kejatuhan ekonomi akibat wabak Covid-19.