5 negara bagi cuti bersalin paling lama di dunia, tapi satu negara ini yang paling ‘heaven’

Oleh NASUHA RAHMAN

Lima negara ini bagi cuti bersalin paling lama di dunia, tapi satu negara ini yang paling ‘heavan’ buat kaum ibu yang baru sahaja melahirkan anak.

Apa tidaknya mereka boleh mengambil cuti yang tersangat panjang berbanding negara-negara lain. Sudah tentu cuti bersalin ini dianggap ‘heavan’ buat mereka yang menetap di negara terbabit.

Di Malaysia, baru-baru ini kerajaan menambah peruntukan cuti bersalin buat kaum ibu yang baru melahirkan anak selama 98 hari dan bapa pula mendapat cuti selama tujuh hari.

Sebenarnya, cuti bersalin yang diberikan mempunyai banyak kebaikan kepada bakal ibu dan anak. Seseorang wanita yang sudah sampai ‘masa’ untuk melahirkan anak, mereka boleh cuti awal. Bagaimanapun, ia tertakluk pada perundangan dan budi bicara majikan.

Tetapi tahukah anda, ada beberapa negara yang beri cuti hampir setahun untuk mereka yang baru melahirkan anak.

Jom, SK nak tunjuk dengan anda semua lima negara yang memberi cuti bersalin dalam tempoh terpanjang di dunia.

  1. Finland

Bakal ibu boleh mula mengambil cuti bersalin seawal tujuh minggu sebelum tarikh dijangka bersalin. Kemudian, kerajaan Finland telah meminda undang-undang baharu iaitu setiap ibu bapa dibenarkan mengambil cuti selama 164 hari (kira-kira lebih 5 bulan). Bagi ibu dan bapa tunggal mereka layak mendapat cuti bersalin selama 328 hari.

Menariknya, elaun akan dibayar sehingga anak berusia 13 minggu. Walaupun bapa juga mendapat cuti yang panjang, namun mereka masih tidak menggunakannya dengan sepenuhnya di negara tersebut.

  1. Jerman

Dikatakan negara paling ‘mudah’ dengan undang-undang, ibu bapa kandung atau angkat berhak meminta cuti sehingga bayi mereka berusia tiga tahun. Waktu bercuti ini boleh diambil oleh kedua-dua ibu bapa secara serentak atau berasingan.

Bukan itu sahaja, bermula Julai 2015, bayi yang lahir pada tahun itu mendapat ‘elaun tambahan’ daripada kerajaan sehingga usia 24 hingga 28 bulan. Jika pasangan tersebut mempunyai dua anak atau lebih di bawah usia enam tahun, bayaran elaun tambahan akan dinaikkan.

  1. Iceland

Kedua-dua ibu bapa boleh membahagikan sama banyak cuti bersalin sehingga sembilan bulan. Setiap ibu dan bapa diberi hak untuk bercuti selama tiga bulan selepas bersalin. Baki lagi tiga bulan itu boleh dibahagikan dengan sama rata oleh pasangan yang baru mendapat anak.

  1. Norway

Kerajaan Norway sememangnya terkenal dengan polisi kerja mereka yang amat fleksibel serta menjaga keharmonian hidup rakyatnya.

Ibu yang baru melahirkan anak boleh mendapat cuti selama 49 minggu dengan bayaran gaji penuh. Manakala jika mengambil cuti hingga 59 minggu, mereka cuma mendapat 80 peratus gaji.

5 negara ini bagi cuti bersalin paling lama di dunia, tapi satu negara ini yang paling 'heaven'
Negara Lithuania memberi ibu bersalin bercuti selama 18 bulan dengan bayaran gaji penuh.
  1. Lithuania

Walaupun negara-negara yang tertera di atas dikira ‘bertuah’ berpeluang untuk bercuti ‘maternity’ dan ‘paternity’ dalam tempoh yang lama, tidak kurang juga dengan negara ini yang memberi ibu bersalin bercuti selama 18 bulan dengan bayaran gaji penuh.

Dalam masa sama, si suami juga turut mendapat cuti selama empat minggu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga memperoleh cuti tambahan selama 156 minggu untuk dikongsi bersama.

Untuk cuti tambahan tersebut, pasangan boleh memilih sama ada gaji mereka akan dibayar penuh hingga anak berusia satu tahun atau dibayar 70 peratus sehingga anak berusia dua tahun. Bagaimanapun, cuti selebihnya itu adalah tidak berbayar.

Baca juga: