Malaysia Dateline

5 pekerja Syria maut kilang terbakar di Turki

Sekurang-kurangnya lima pekerja maut dan lapan lagi cedera dalam kebakaran sebuah kilang di Ankara, ibu negara Turki Rabu petang, lapor agensi berita Xinhua.

Kebakaran berlaku di bangunan kilang perabot empat tingkat di daerah Altindag, Ankara, lapor agensi itu memetik kenyataan Gabenor Vasip Sahin.

Timbalan Menteri Luar Turki, Mehmet Ersoy berkata, lima pekerja Syria itu cuba naik ke tingkat atas bangunan namun gagal menyelamatkan diri.

— BERNAMA