Malaysia Dateline

50 aktivis otai reformis terima sumbangan Hari Raya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan isteri meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Kelang, semalam.

Majlis Berbuka Puasa itu melibatkan sesi penyampaian Sumbangan Kemasyarakatan Otai Reformis 98 yang kini memasuki tahun ke empat sumbangan diberikan.

Sumbangan tersebut sebagai penghargaan menghargai pengorbanan warga otai sebagai nadi kerajaan yang membawa agenda reformasi sejak 1998 yang merupakan hadiah dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saari Sungib, dan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad.

Program turut disertai 50 aktivis otai reformis dari pelbagai bangsa dan acara dimulakan dengan sesi ucapan oleh beberapa ahli lama otai Reformis 98 yang memberi kata-kata semangat kepada semua ahli.

Menurut Setiausaha Otai Reformis 98, Abdul Razak Ismail, keseluruhan jumlah sumbangan dari ketiga-tiga penyumbang mencapai sehingga RM12,500, di mana masing-masing mendapat sumbangan RM250 setiap seorang.