Malaysia Dateline

50 bekas ahli Bersatu dan Umno sertai AMANAH kawasan Baling

Keyakinan terhadap AMANAH menjadikan ia sebagai parti pilihan bagi 50 bekas ahli Bersatu dan Umno kawasan Baling, Kedah untuk meneruskan perjuangan mereka.

Kebenaran ini terbukti apabila hampir 50 bekas ahli Bersatu dan Umno di cawangan Kampung Padang, Dun Kupang menyerahkan borang secara beramai-ramai kepada Naib Presiden AMANAH, Dato’ Mahfuz Omar.

Penyerahan borang diadakan dalam satu majlis ringkas petang semalam di kediaman bekas Ahli Jawatankuasa Bersatu, Bahagian Baling yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Bersatu Kampung Padang, Fadli Ghazali.

50 bekas ahli Bersatu dan Umno sertai AMANAH kawasan Baling
Mahfuz Omar hadir di kediaman bekas Ahli Jawatankuasa Bersatu, Bahagian Baling

Turut hadir dalam majlis penyerahan borang beramai-ramai tersebut ialah Naib Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Ustaz Fauzi Tahir.