Malaysia Dateline

500 pertubuhan belia berdaftar dengan ROY P.Pinang layak terima ‘one off’

Lebih 500 pertubuhan belia yang telah berdaftar dengan Pejabat Pertubuhan Belia (ROY) Pulau Pinang layak memohon bantuan khas kewangan secara ‘ one off’ bernilai sebanyak RM500.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatan kuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee.

Jelas beliau, bantuan khas kewangan tersebut merupakan sokongan kerajaan negeri kepada 515 buah pertubuhan belia aktif yang boleh membuat permohonan mereka sebelum 15 September.

“Bantuan khas kewangan tersebut dibawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 bertujuan untuk mengaktifkan semula sektor ekonomi negeri ini yang telah terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.

” Ianya memberi tumpuan terhadap enam golongan sasaran untuk melancarkan semula aliran tunai dan mengurangkan kos operasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

” Sehubungan itu semua pertubuhan belia terbabit boleh segera membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan tersebut melalui portal kerajaan negeri www.penang.gov.my sebelum 15 September ini,” ujar beliau.