Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
5,000 dekoder MyTV diagihkan di Kuching

5,000 dekoder MyTV diagihkan di Kuching

MAHDAR BUJANGFebruary 17, 2020 11:00 am




Sebanyak 5,000 unit dekoder televisyen digital MyFreeview (MyTV)telah diagihkan kepada penerima di sekitar Kuching dalam tempoh empat hari bermula sejak dua hari lalu.

Pengagihan dikendalikan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama MyTV dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu diadakan di Aeroville Mall dan Emart Batu Kawa.

Pengagihan di Aeroville telah diadakan dua hari bermula Sabtu dan Ahad manakala hari ini dan esok di Emart Batu Kawa.

Pengerusi DAP Negeri yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen hadir meluangkan masa bagi memantau sendiri perkembangan di pusat pengagihan berkenaan.

Chong berkata beliau mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada pihak Aeroville kerana sudi membantu dan membenarkan tempat mereka bagi tujuan pengagihan terbabit.

“Kita menggunakan tempat ini sebagai pusat pengedaran untuk Sabtu dan Ahad dan seterusnya di Emart Batu Kawa pada Isnin (hari ini) dan Selasa (esok). Kita berterima kasih kepada mereka kerana sudi menyediakan tempat untuk kita mengagihkan dekoder kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, inisiatif pengagihan dekoder kepada masyarakat di Sarawak merupakan usaha Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selaras dengan mentransformasikan penyiaran televisyen daripada analog kepada penyiaran digital.

“Sebelum ini di bawah perjanjian pelantikan kontraktor MyTV oleh kerajaan terdahulu ialah semua dekoder MyTv hanya dihantar menerusi perkhidmatan kurier kepada Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun kita menyedari menerusi kaedah kiriman sedemikian di Sarawak, ramai tidak menerima kiriman disebabkan beberapa faktor termasuk alamat tidak lengkap. Banyak kiriman dekoder tidak sampai kepada penerima dan ia akan dihantar balik.

“Sebaik sahaja PH mengambil alih Kerajaan Persekutuan, kami telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai isu ini,” jelas beliau.

Chong turut menjelaskan, MyTV telah berjanji dan bersetuju dengan cadangan mereka supaya menghantar pasukan mereka di bandar-bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu untuk program pengagihan dekoder MyTV.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production