Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
5,000 peserta tabligh dijejaki untuk ujian COVID-19

5,000 peserta tabligh dijejaki untuk ujian COVID-19

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 11, 2020 7:27 pm




Kementerian Kesihatan sedang giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan harus dilakukan berikutan terdapat laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei, di mana kes yang disahkan positif COVID-19 di negara terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia.

“Kes berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

“Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini membabitkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.

“Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataannya mengesahkan kes pertama positif COVID-19 di negara itu dijangkiti ketika hadir satu majlis keagamaan di Malaysia.

Individu terbabit dikatakan pulang ke Brunei dengan rakannya pada 3 Mac lalu melalui Miri, Sarawak sebelum menyedari mengalami simptom jangkitan dan membuat pemeriksaan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 8 Mac lalu.

1
2

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production