Malaysia Dateline

5,020 kes positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,020 kes positif Covid-19 baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes dalam negara sebanyak 2,673,019 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow: covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman Covidnow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantarannya di Facebook hari ini.