Malaysia Dateline

5,139 kes baru positif Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 5,139 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 2,861,069 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya di Twitter, hari ini.