Malaysia Dateline

52% dari 1,472 kes baharu dari Kluster Teratai

52% atau 778 kes dari 1,472 kes baharu Covid-19 yang direkodkan sehingga tengah hari ini adalah Kluster Teratai sahaja.

Jumlah kes yang berpusat di kilang dan perumahan kakitangan pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia iaitu Top Glove ini adalah 87.9% dari jumlah kes harian di negeri Selangor yang berjumlah 891 kes.

Sejak diumumkan pada 7 November 2020, sejumlah 6,603 individu telah disaring bagi Kluster Teratai.

Daripada jumlah ini, sebanyak 5,056 kes telah dikesan positif COVID-19 yang melibatkan 331 (6.5 peratus) warganegara dan 4,725 (93.5 peratus) kes adalah bukan warganegara.

Sebanyak 1,501 individu dikesan negatif manakala 46 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua kes-kes positif ini telah diasingkan.

Oleh itu, katanya, KKM menyambut baik pengumuman oleh  Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri  bagi melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja kilang berkenaan bermula dari 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020.

Sehingga kini, majikan yang berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan segala operasi dan menutup kilang secara berperingkat serta menjalankan saringan kepada semua pekerja mereka

Dr Norhisham memaklumkan, 1,472 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif adalah 10, 495 kes.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah 67, 169 kes.