Malaysia Dateline

52 suspek Daesh ditahan di Turki

Polis Turki menahan 52 suspek semasa operasi memerangi kumpulan Daesh pada Khamis, memetik sumber polis lapor agensi berita Anadolu.

Operasi dijalankan di lima kawasan di pusat bandar Osmangazi di barat laut Bursa, kata sumber itu. Suspek ditahan itu adalah warga Syria.

Pasukan keselamatan menjalankan kempen jangka panjang untuk menghapuskan pengganas Daesh di Turki.

Seramai 300 orang telah menjadi korban akibat keganasan dicetuskan Daesh di Turki, yang menyasarkan orang awam dengan melancarkan serangan bom, roket dan senjata api.

— BERNAMA