Malaysia Dateline

5,271 kes baharu Covid-19, Selangor catat kurang 2,000 kes

Terdapat 5,271 kes jangkitan Covid-19 hari ini sekali gus rekod harian terendah dalam tempoh 19 hari.

Jumlah keseluruhan kes pandemik tersebut kini mencecah 622,086 kes.

Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,374 kes baharu walaupun angka itu buat pertama kali merupakan rekod harian kurang daripada 2,000 kes sejak 18 Mei.

Ini diikuti Sarawak (703); Negeri Sembilan (571); Kuala Lumpur (455); Johor (355) dan Kelantan (341).

“Sabah pula merekodkan 336 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (209); Kedah (194); Melaka (178); Perak (177); Pulau Pinang (153) dan Terengganu (117),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook hari ini.

Menurutnya, kes baharu jangkitan Covid-19 di Pahang pula turun kepada 99 kes manakala dua negeri mencatatkan pertambahan kes satu digit iaitu Putrajaya dengan lapan kes serta satu kes di Perlis.