528 unit lif perumahan awam ditukar elak insiden lif jatuh, kata Khalid

528 unit lif perumahan awam ditukar elak insiden lif jatuh, kata Khalid

Kerajaan telah mengambil langkah awal menukar segera komponen di kesemua 528 unit lif di perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang masih dalam tempoh sah Sijil Mesin Angkat (SMA) bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Memetik laporan Malaysiagazette hari ini,  Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad,berkata,  tindakan awal itu menyusul ekoran insiden lif yang jatuh secara tiba-tiba dari tingkat lima di PPR Kerinchi sekitar jam 2 petang pada 2 Ogos lalu akibat kegagalan sistem brek.

 “Lif bermasalah itu telah dihentikan segera oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebelum siasatan dijalankan selama sebulan secara menyeluruh.

“Syarikat penyelenggara lif berkenaan Tetuan Dover Elevator (Malaysia) Sdn.Bhd telah diarahkan mengantikan komponen yang bermasalah pada sistem brek itu.

“Kemudian pemeriksaan berkala sebanyak tiga kali iaitu pada 12 September, 17 Oktober dan 22 November lalu telah dijalankan JKKP sebelum Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan pihaknya bahawa lif itu selamat digunakan dan lif berkenaan masih dalam tempohg sah sijil PMA sehingga 16 Januari 2020,” katanya dalam sidang media selepas meninjau sendiri operasi lif itu di Blok C PPR hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid dimaklumkan berlaku masalah kerosakan pada injap solenoid yang mana salah satu daripada dua injap itu gagal berfungsi dan tidak dalam mencengkam dram lif sewaktu kecemasan.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana momentum kejatuhan lif itu tidak menepati tahap fungsi brek kecemasan yang ditetapkan dan tidak cukup kuat untuk menyekat pergerakan lif itu.

“Maksudnya kelajuan lif yang jatuh itu tidak cukup untuk mengaktifkan brek kecemasan yang ditetapkan dalam lif.

“Bagaimanapun sebagai langkah pencegahan awal, injap solenoid lain yang masih dalam berkeadaan baik telah ditukar termasuk di kesemua 528 lif yang seusia mengelak insiden sama berulang selepas ini dan menyusahkan penduduk.

“Ia adalah langkah awal mempertekatkan keselamatan walaupun satu yang rosak kita membuat pembaharuan komponen di semua lif termasuk yang tidak rosak dan sama usia dengan lif lain supaya lebih selamat,” katanya lagi