Mengulas lanjut langkah untuk memacu perbelanjaan dan merangsang pertumbuhan, Dr Rosli Yaakop mengingatkan Belanjawan2019 perlu mengambil langkah untuk mengembalikan wang negara ke dalam kitaran wang memandangkan fenomena money hoarding berleluasa di Malaysia pada masa ini.“Perbelanjaan mesti berhemah. Pengurusan hutang negara harus dikemaskan. Bayar hutang terlebih dahulu dan elak daripada membuat hutang baru.“Nilai pertukaran RM harus diperbaiki. Kerajaan perlu mempertimbang kewajaran dasar pegging dan memperkenalkan langkah kawalan modal,” jelasnya.