Malaysia Dateline

3.48 pm: MENTERI KEWANGAN Lim Guang Eng dijangka akan membentangkan Belanjawan Negara 2019 tepat jam 4.00 petang ini di Parlimen. Pembentangan belanjawan kali ini menjadi tumpuan rakyat apabila selepas 61 tahun di dominasi oleh kerajaan Barisan Nasional. Dan kini ianya menjadi sejarah apabila buat julung kalinya dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih kerajaan pada 9 Mei lalu. Terdahulu, Belanjawan 2018 yang bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, memperuntukan sebanyak RM280.25 bilion.