Malaysia Dateline

Mulai 1 Januari, 2019, kerajaan akan memberikan pengecualian SST kepada perkhidmatan khusus yang disediakan oleh perniagaan berdaftar kepada perniagaan berdaftar yang lain. Menteri kewangan berkata kerajaan juga akan memperkenalkan sistem kredit potongan cukai untuk pengeluar kecil yang membeli bahan sumber dari pengimport dan bukan kilang berdaftar.