Malaysia Dateline

5,419 kes Covid-19 baharu, 101 kematian

Kerajaan merekodkan 5,419 kes Covid-19 baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 667,876.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 5,413 kes adalah kes tempatan, manakala enam lagi merupakan kes import.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mencatatkan bilangan kes kematian yang tinggi sebanyak 101 menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 4,069.

Sementara itu, 6,831 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes dibenarkan discaj sebanyak 593,695 kes.

Sebanyak 922 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 450 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan