Kedah Rubber City akan sediakan 15,000 peluang pekerjaan

Kedah Rubber City akan sediakan 15,000 peluang pekerjaan
Mukhriz Mahathir menunjukkan buku Bajet Negeri Kedah ketika sidang Dun Kedah semalam.

Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri ini bagi gred 54 dan ke bawah.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membentangkan bajet 2019 kerajaan negeri semalam.

Jelas beliau lagi, beberapa projek pertumbuhan ekonomi negeri seperti Kedah Rubber City, telah diperuntukkan sebanyak RM417.57 juta.

Malah katanya unjuran pelaburan sebanyak RM10 bilion akan memberi sumbangan KDNK RM15 bilion serta akan menyediakan 15000 peluang pekerjaan tahun ke 15

“Kedah Science and Technology Park atau KSTP akan diberikan peruntukan permulaan sebanyak RM168.8 juta.

“Ia mampu menyumbang KDNK RM57.4 bilion serta menyediakan peluang pekerjaan kepada 23,244 orang menjelang tahun 2030.

“Disamping itu Kota Perdana ‘Special Border Economic Zone’ atau SBEZ diperuntukkan sebanyak RM25juta bagi pembangunan kota tersebut, ” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, pembangunan Kota Perdana SBEZ tersebut sebahagian Bandar Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam sebagai ‘Economic Game Changer’ di utara.

Tambahnya lagi, cadangan bagi pembinaan Kulim International Airport atau KXP sebagai hub kargo udara yang baru di utara akan diteruskan oleh kerajaan negeri.

Manakala bagi sektor pelancongan pula sejumlah RM8.45 juta telah diperuntukan bagi pembangunan pelancongan sukan, pelancongan agro dan eko serta geopark negeri.