55 peratus sudah laksana tanggungjawab sejak pusat undi dibuka

55 peratus sudah laksana tanggungjawab sejak pusat undi dibuka

Antara pengundi yang menunggu giliran mereka di saluran dua dan satu di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baru hari ini.

Hari ini dijangkakan 14.4 juta orang akan membuang undi di 8,253 pusat mengundi seluruh negara.

Beberapa  tinjauan di pusat pengundian mendapati orang ramai sudah mula beratur seawal jam 7.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan di setiap saluran mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat pemantauan peratusan yang keluar mengundi  secara berkala hari ini, mendapati sejak pusat undian dibuka jam 8.00 pagi tadi peratusan yang keluar mengundi seluruh negara sebanyak 24 peratus sehingga jam 10 pagi tadi.

Peratusan itu meningkat kepada 47% pada jam 12 tengahari ini dan tepat jam  1 tengah hari tadi  meningkat kepada  55 peratus pemilih telah mengundi. hari ini,

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini dipetik berkata berdasarkan laporan awal yang diterimanya, proses pengundian di seluruh negara turut berjalan lancar dan berharap sasaran 85 peratus keluar mengundi dapat dicapai.

“Jika diperhatikan sejak pukul 8 pagi kehadiran di pusat mengundi memang ramai dan saya jangkakan tengah hari ini keadaan (akan) jadi reda sedikit.

“Dijangka dalam pukul 2 atau 3 petang sehingga 5 petang kehadiran akan bertambah semula. Ini trend sejak dahulu lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1), di Putrajaya hari ini.

Beliau juga menasihatkan pengundi supaya keluar awal kerana bimbang dengan cuaca pada sebelah petang yang diramalkan hujan di beberapa negeri.

Dijadualkan satu sidang media akan diadakan di Menara SPR oleh Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah  tengahari hari ini

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS