Malaysia Dateline

55% telah keluar mengundi hingga jam 1.00 tengahari

Sehingga jam 1, 55% telah keluar mengundi, kata SPR.

 

55% pengundi di Malaysia telah membuang undi sehingga jam 1.00 tengahari tadi, kata Pengerusi SPR.

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang medianya berkata, pengundi dalam pilihan raya ini sangat teruja untuk keluar mengundi.

Sebab itulah hampir kesemua pusat mengundi sesak dengan pengundi sejak dari awal pagi.

Namun begitu angka ini lebih rendah berbanding PRU 13, apabila 58% telah keluar mengundi pada jam 1.00 tengahari.

Namun begitu peratusan di luar bandar agak tinggi peratusan keluar mengundi.

Di Parit Haji Dorani dalam parlimen Sungai Besar, 368 dari 555 pengundi atau kira-kira 66.3% telah keluar mengundi pada jam 1.00 tengahari.

Seramai 14,449,200 pemilih berdaftar bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Seramai 47 peratus pemilih telah mengundi setakat jam 12 tengah hari tadi.