Malaysia Dateline

5,566 kes Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 5,566 kes Covid-19 baharu dengan keseluruhan kes sebanyak 627,652 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 5,562 adalah penularan tempatan, manakala empat lagi merupakan kes import.

Negara juga mencatatkan kes sembuh melebihi kes baharu sebanyak 6,962 menjadikan kumulatif kes sembuh dalam negara sebanyak 541,319 kes.

Sementara itu, 76 kematian dicatatkan dengan keseluruhan kes sebanyak 3,536 kematian.

903 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 458 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selangor mencatatkan negeri tertinggi dengan sebanyak 1,524 kes. Diikuti Sarawak (707 kes), Negeri Sembilan (505 kes), Kuala Lumpur (466 kes), dan Johor (456 kes).

Sementara itu, Sabah (350 kes), Melaka (314 kes), Perak (225 kes), Kelantan (204 kes), Labuan (191 kes), Pulau Pinang (185 kes), Pahang (157 kes), Kedah (140 kes), Terengganu (106 kes), Putrajaya (27), manakala Perlis (1 kes).