Malaysia Dateline

5,666 kes Covid-19 hari ini

Sejumlah 5,666 kes Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus penurunan berbanding 5,828 yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan hingga kini sebanyak 2,431,716 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my,” katanya menerusi Facebook hari ini.