5,671 kes Covid-19 hari ini, 41 peratus jangkitan di Lembah Klang

Oleh Oleh FAZLI RADZI

Malaysia mencatatkan 5,671 kes positif Covid-19 hari ini dengan 41 peratus daripadanya dikesan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Angka baharu hari ini mencatatkan penurunan berbanding 6,239 kes semalam.

Jumlah keseluruhan kes pandemik tersebut sejak melanda negara ini tahun lepas kini mencecah hampir 640,000 dengan 639,562 kes.

Walaupun Selangor kekal merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan 1,510 kes tetapi berkurang berbanding 2,291 kes semalam.

Sebaliknya, Sarawak dan Kedah hari ini mencatatkan peningkatan ketara kepada 631 dan 309 kes masing-masing.

Semalam, Sarawak dilaporkan mengesan 419 kes Covid-19 manakala dalam tempoh 24 jam lalu, Kedah mengenalpasti 135 kes.