5,725 kes baru tertinggi, 16 lagi disahkan maut

Oleh Nasuha Rahman

Hari ini hari ke-17 perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan namun kes baharu positif COVID-19 telah melonjak kepada 5,725 kes menjadikan kumulatif kes baharu setakat hari ini 203,933 kes.

Daripada kes baharu ini sebanyak 5,268 membabitkan kes tempatan manakala sebanyak tujuh kes daripada kes import yang melibatkan 5 warganegara dan 2 bukan warganegara.

Manakala sebanyak 45,478 kes merupakan kes aktif, demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya.

Seramai 16 orang disahkan maut akibat COVID-19 di mana kesemuanya membabitkan warganegara menjadikan kumulatif kes kematian sebanyak 733 kes.

301 pesakit ditempatkan di wad ICU daripada jumlah ini seramai 115 orang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan sebanyak 3,423 pesakit sembuh sepenuhnya menjadikan kumulatif kes sembuh di seluruh negara sebanyak 157,722 kes (77.34 %).