Malaysia Dateline

5,745 kes positif baharu hari ini

Negara merekodkan 5,745 kes positif Covid-19 baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes dalam negara sebanyak 2,401,866 kes.

Kes hari ini mencatatkan sedikit kenaikan berbanding semalam dengan 5,434 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 152,478 individu disaring semalam, daripada jumlah itu seramai 5,745 kes dikesan positif iaitu 3.77 peratus kadar positiviti.

“Kesedaran orang ramai adalah amat penting untuk mendapatkan vaksin, patuh pada prosedur operasi standard (SOP) serta jalani ujian saringan menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) secara berkala,” ciapnya di Twitter hari ini.