Malaysia Dateline

5,755 kes positif Covid-19 baharu, 98 peratus adalah kategori 1,2

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,755 kes Covid-19 baharu setakat jam 12 tengahari tadi, menjadikan keseluruhan kes dalam negara sebanyak 2,602,835 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu yang direkodkan hari ini, 5,732 merupakan kes tempatan manakala 23 lagi adalah kes import.

Sementara itu, KKM melaporkan 506 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 270 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5,082 kes sembuh direkodkan dengab kumulatif kes dibenarkan discaj sebanyak 2,503,427 atau 96.2 peratus.

Daripada 5,755 kes harian yang dilaporkan hari ini, 101 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 5,654 kes (98.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.