Malaysia Dateline

5,809 kes baharu Covid-19 direkodkan

Sebanyak 5,809 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes wabak itu mencecah kepada 2,541,147 kes.

Semalam, Malaysia mencatatkan lonjakan jangkitan melebihi 6,000 kes untuk tiga hari berturut-turut dengan 6,517 kes dilaporkan.

Dalam masa sama, jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara melambung 2.9 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu berbanding seminggu sebelumnya.

Negeri yang menunjukkan peningkatan kes termasuk Kuala Lumpur (85.0 peratus), Melaka (41.2 peratus), Negeri Sembilan (20.4 peratus), Perak (16.4 peratus) dan Johor (12.0 peratus).