59 bersaing rebut Jawatan AJK Pemuda AMANAH Nasional

59 bersaing rebut Jawatan AJK Pemuda AMANAH Nasional

Pemilihan Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Nasional bakal menyaksikan persaingan daripada 59 calon bagi merebut 27 jawatan dalam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan pergerakan itu bagi sesi 2019-2022.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Nasional, Dr Zulqarnain Lukman, setelah meneliti kesemua kertas pencalonan Jawatankuasa Pemilihan Nasional (JKP), keseluruhan 67 calon bakal bertanding bagi jawatan Speaker, Timbalan Speaker, Juruaudit dan AJK.

Jawatan Speaker akan menyaksikan perebutan antara dua calon yang layak bertanding, iaitu Jawatankuasa Gubalan Perlembagaan AMANAH, Noorazmir Zakaria dan Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Pontian, Zainuzabha Baharom.

Manakala Timbalan Speaker dipertandingkan kepada tiga calon iaitu: Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Mohd Hafiz Habil; Setiausaha Biro Komunikasi AMANAH Nasional, Musaddeq Khalid; dan Naib Ketua 1 Pemuda AMANAH Kawasan Permatang Pauh, Muhammad Khuzairi Mazlan.

Sementara itu, jawatan Juruaudit turut menyaksikan tiga calon bertanding iaitu: Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang, Idris Amer; AJK AMANAH Kawasan Sungai Petani, Muhammad Abrar Sadiq Azizi;

Keseluruhan 59 calon yang lain pula akan bertanding merebut jawatan AJK.

Sebagai rekod, Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini, akan menyaksikan 27 AJK Pimpinan yang terpilih, akan bermesyuarat untuk memutuskan pemegang jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib-Naib dan Setiausaha Pemuda di peringkat Nasional.

Berikut, senarai calon AJK yang bertanding (59 Calon)

1. Abbas Azmi
2. Abdul Hadi Risqa Kanis Mohd Yusof
3. Abdullah Aqili
4. Addin Ibrahim
5. Ahmad Syauqi Al Abrar
6. Allip Taman Quran
7. Ammar Atan
8. Ammar Izham
9. Anas As-Said Zaharuddin
10. Asim Abdullah Ainullotfi
11. Azam Mektar
12. Bro Saifullah
13. Danial Al-Rashid Haron
14. Dzul Fahmi Abu Bakar
15. Fadhli Umar Aminolhuda
16. Faeez Azahar
17. Fakhrul Razi Hamdan
18. Fauzi Hasim
19. Firdaus Mokhtar
20. Firdaus Rahman (DOTZ)
21. Fitri Asmuni
22. Ghazali Ismail (NANA)
23. Hafiz Roslan
24. Hasbie Muda
25. Hasnul Zulkarnain
26. Ikmal Nordin
27. Iqbal Wahab
28. Jeming Hassan (HAZMI HASSAN)
29. Kevin Shawn
30. Khairol Najib Hashim
31. Khairuddin Daud
32. Mohamad Fadillah Sabali
33. Mohd Azhar
34. Mohd Faruk
35. Mohd Nasaie
36. Mohd Syamsul Alauddin
37. Muhamad Fadzil
38. Muhammad Al-Hafiz Omar
39. Muhammad Khomeini Kamal
40. Mus’ab Muzahar
41. Najib Yusoff
42. Nik Abdul Razak
43. Omar Tuah
44. Syahidulamri Khairuddin (Pyol Din)
45. Raja Firdaus
46. Rendy Ismail
47. Ridhuan Esa
48. Ridzwan Arshad
49. Saqif Ansorullah
50. Shazni Munir
51. Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar
52. Syafiq Azmi
53. Syam Ghaz
54. Taqiuddin Cheman
55. Wan Anwar Wan Ibrahim
56. Zaki Sabri
57. Zamir Ghazali
58. Zarif Asyraf
69. Zubari Rahim