59 kertas undi pos PRK Dun Sungai Kandis dikeluarkan

59 kertas undi pos PRK Dun Sungai Kandis dikeluarkan

Tan Sri Othman Mahmood

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 59 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis, Selangor semalam.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata, pengeluaran tersebut dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di Wisma Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam meliputi 4 kategori undi pos.

i.  Pemilih Tidak Hadir (PTH) Luar Negara (penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangannya; pelajar sepenuh masa dan pasangannya) seramai 13 orang pengundi seperti di negara Indonesia, United Kingdom, India, Sweden, Australia dan Korea Selatan.
ii. Permohonan Borang 1A (petugas pilihan raya dan petugas media) seramai 44 orang pengundi.
iii. Permohonan Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) seramai 2 orang pengundi daripada Jerman dan United Kingdom.
iv. Manakala tiada pengeluaran bagi kategori Borang 1C (anggota petugas kesihatan dan keselamatan yang dibenarkan) kerana tiada permohonan diterima.

Katan lagi, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada PKR.

“Walau bagaimanapun, wakil calon BN dan Bebas tidak hadirsemasa proses pengeluaran kertas undi pos tersebut.

“Proses itu juga turut disaksikan oleh pemerhati-pemerhati pilihan raya yang dilantik seperti daripada Kelab Pemikir Politik Nasional, UKM, Bersih 2.0 dan Engage,”  ujarnya.

Penghantaran Kertas undi berkenaan telah diserahkan kepada pihak Pos Malaysia malam tadi.

SPR juga mengingatkan kepada semua pengundi pos agar menanda kertas undi yang diterima dengan betul dan segera.
Perlu mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus PRK DUN N.49 Sungai Kandis sebelum jam 5.30 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 4 Ogos 2018 (Sabtu) depan.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS