59 militan, 7 tentera maut dalam operasi perangi keganasan di Mesir

59 militan, 7 tentera maut dalam operasi perangi keganasan di Mesir

Seramai 59 militan maut dalam pertempuran di Semenanjung Sinai sejak beberapa hari lalu, menurut kenyataan Tentera Mesir pada Selasa.

“Semasa serbuan anti-pengganas di beberapa kawasan padang pasir di Semenanjung Sinai, pasukan keselamatan membunuh 15 militan sangat berbahaya,” kata jurucakap tentera Tamer al-Refai.

Turut terkorban seorang pegawai dan enam anggota tentera dan 142 penjenayah pula ditahan, lapor agensi berita Xinhua.

Selain itu, 56 kenderaan dan dua gudang menyimpan peluru dimusnahkan.

Mesir dalam usaha memerangi pengganas sejak presiden Mohamed Morsi diusir pada 2013.

Semenanjung Sinai adalah kubu kuat kumpulan pengganas, lebih 800 militan dan 30 tentera maut sepanjang kempen anti-keganasan ‘Sinai 2018’ dilancarkan sejak Februari 2018.- BERNAMA