Malaysia Dateline

Baru seru pemimpin, ahli PKR rapatkan barisan di Sarawak

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang baru dilantik semula, Baru BianĀ  menyeru semua pemimpin dan anggota PKR di Sarawak supaya bersatu dan merapatkan barisan selepas pemilihan parti.

“Hanya dengan bersatu sebagai satu pasukan dan menggemblengkan tenaga melalui strategin yang memberi fokus, kita dapat menghadapi pihak lawan dan menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang yang boleh diadakan pada bila-bila masa dalam waktu terdekat.

“Keterangkuman adalah kunci bagi perpaduan dan kemenangan,” kata Baru dalam satu kenyataan di sini malam tadi

Baru yang juga anggota parlimen Selangau berkata beliau menaruh harapan untuk bekerjasama dengan semua ketua bahagian yang dipilih, baik yang baru mahupun yang lama.

“Presiden parti telah menyatakan sokongan dan saya ingin melahirkan penghargaan yang mendalam kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongannya.

“Kami berikrar untuk terus mengukuhkan Keadilan di Sarawak. Ini hanya mungkin apabila kita boleh bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama,” kata Baru.