Malaysia Dateline

6 bulan sentuhan magis jurulatih Korea bawa Malaysia ke Piala Asia 2023

Hanya 6 bulan jurulatih dari Korea Selatan Kim Pan-gon telah berjaya mengubah corak permainan skuad Harimau Malaya akhirnya melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023 nanti.

Sejak kehadiran Pan-gon awal tahun ini menyaksikan banyak perubahan dibawa beliau termasuklah mengubah corak permainan pasukan negara menjadi lebih garang dan mencipta sejarah selepas 43 tahun menanti untuk layak beraksi di pentas Piala Asia 2023.

Pan-gon dikenali sebagai individu yang cukup menghargai pengorbanan penyokong dan kerap memuji sokongan diberikan Ultras Malaya apabila tampil di perlawanan membabitkan pasukan negara.

Pan-Gon juga dikatakan mempunyai ‘atitude’ yang bagus apabila setiap kali habis perlawanan dia menghargai pemain untuk peluk serta hargai penyokong.

Dalam masa yang sama beliau dikatakan sangat berani untuk sentiasa menukar pemain simpanan untuk dibawa masuk ke padang berbanding sebelum ini.

Pan-gon akan diingati sebagai jurulatih yang berjaya menamatkan sumpahan pasukan negara apabila memastikan Malaysia beraksi di pentas tertinggi Asia itu.

Hanya 6 bulan sentuhan magis jurulatih Korea bawa Malaysia ke Piala Asia 2023
Skuard Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 selepas membenamkan Bangladesh 4-1 malam tadi

Pan Gon yang pernah beraksi bersama kelab Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan pada era 1990-an, memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih Busan IPark FC (2005-2008), ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).

Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya pada 2 Januari 2022 dengan mengambil tanggungjawab susulan prestasi hambar pasukan Harimau Malaya yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura.

Bagaimanapun menurut Pan-Gon kejayaan mengalahkan Bangladesh 4-1 dan menamatkan penantian itu tidak akan berjaya tanpa bantuan semua pihak dan sokongan padu peminat, pemilik kelab dan kerajaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong kerana datang menyokong Harimau Malaya termasuk ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri turut sama hadir malam tadi.