6 isu dibangkitkan dalam usul persempadanan SPR

6 isu dibangkitkan dalam usul persempadanan SPR

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kia Ming dalam perbahasannya semalam, mempersoalkan beberapa isu yang timbul dalam persempadangan semula kawasan pilihan raya  oleh Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Kia Ming yang mewakili antara  enam wakil ahli parlimen pembangkang yang diberikan peluang berbahas mengenai usul persempadanan semula SPR ini di Dewan Rakyat.

Sebanyak enam isu dibangkitkan ahli parlimen dari DAP ini dihadapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mencabar usul persempadanan yang dibahaskan oleh 14 wakil kerajaan dan pembangkang.

Isu-isu berbangkit sebagaimana yang terdapat dalam  Buku Laporan Syor Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya itu membabitkan isu mengenai:

1.Perdana Menteri perlu menjawab soalan-soalan secara langsung terutamanya oleh kerana laporan ini hanya dibentangkan sekali setiap 10 tahun, secara purata.

2.Tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1958- 2003 dan 2013-2018.

3.mengenai prinsip ‘rural weightage’ yang membabitkan bilangan kerusi dan jumlah pengundi.

4.Keperluan untuk memelihara perhubungan tempatan ataupun ‘local ties” difahami bermaksud bahawa, sebaik mungkin, satu kerusi parlimen tidak meliputi lebih daripada satu PBT.

5.sempadan SEMUA kerusi ini berubah apabila EC kembali kepada cadangan Syor 1 dalam laporan persempadanan yang dibentangkan di parlimen.

6.Persempadanan semula ini bersifat perkauman dan telah mengurangkan bilangan kawasan pilihan yang berbilang kaum ataupun ‘heterogenuous constituencies”.

Menurut Kia Ming terdapat kerusi parlimen terutamanya di kawasan bandar yang meningkat ketara sejak persempadanan pada 2013 tetapi tidak berlaku penambahan dalam persempadanan semula syor SPR yang diluluskan kabinet semalam.

“Jumlah pengundi dalam senarai pemilih telah meningkat lebih dari 3 juta sejak persempadanan 2003, iaitu sebanyak 37%. Di Selangor, jumlah pengundi meningkat sebanyak 52% atau 709,618 pengundi.

“Di Terengganu, jumlah pengundi telah meningkat sebanyak 258,093 atau 63%. Di Kelantan, jumlah pengundi telah meningkat sebanyak 284,889 pengundi atau 43.4%. (Rujuk Jadual 1 di bawah)

“Peningkatan pengundi, terutamanya dari segi tambahan peratusan, begitu ketara bukan sahaja di negeri-negeri maju seperti Selangor tetapi juga di negeri-negeri yang lebih ‘rural’ seperti Kelantan dan Terengganu. Dalam erti kata lain, keputusan oleh SPR untuk tidak menambah kerusi parlimen adalah tidak adil bukan hanya kepada pengundi di negeri-negeri perkotaan seperti Selangor tetapi juga kepada negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu! (Rujuk Jadual 1 di bawah).

Jadual 1:Tambahan kerusi parlimen dan Dun di Semanjung dalam persempadanan semula dari 1958 ke 2003.

Kia Ming berkata, pertambahan kerusi yang sebelum ini SPR lakukan setiap kali penggal pilihan raya sejak 1958-2000.

Namum pada PRU14 (2018) sebaliknya SPR  masih mengekalkan 222 kerusi Parlimen dan 508 kerusi Negeri (Dewan Undangan Negeri) selepas 10 tahun (PRU 12-PRU13).

“Sekiranya kita meneliti bilangan pengundi yang berpotensi tinggi oleh kerusi Parlimen, kita dapat mencari pola yang serupa.

“Bilangan pengundi setiap kerusi oleh negeri di Selangor meningkat daripada 62,213 kepada 94,469, peningkatan 32,255. Bilangan pengundi setiap kerusi di Terengganu juga meningkat daripada 51,432 kepada 83,693, peningkatan sebanyak 32,262 yang merupakan peningkatan tertinggi oleh kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia. (Rujuk Jadual 2 di bawah).

Jadual 2: Menunjukkan bilangan kerusi dan pengundi bagi PRU2003 hingga PRU2018.

“Sekiranya bilangan pengundi kerusi Parlimen secara purata diteliti, corak yang sama boleh diteliti.

“Jumlah pengundi purata mengikut kerusi parlimen di Selangor meningkat daripada 62,213 kepada 94,469, iaitu peningkatan sebanyak 32,255. Jumlah pengundi purata mengikut kerusi parlimen di Terengganu juga meningkat daripada 51,432 kepada 83,693, iaitu peningkatan sebanyak 32,262. Ini merupakan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia,” terangnya. (Rujuk Jadual 2 di bawah).

Dr. Ong Kian Ming

Ong Kia Ming

Kia Ming turut berkata, dalam kenyataan media oleh SPR pada 8 Mac lalu menyatakan, dengan saiz kerusi parlimen dan / atau negeri di kawasan luar bandar yang lebih besar tetapi jumlah penduduknya lebih kecil sedangkan bagi kerusi bandar, saiznya lebih kecil dan padat tetapi jumlah penduduknya lebih tinggi.

“Saya rujuk ke kerusi parlimen P16 Baling, kerusi luar bandar di Kedah, dan juga P9 Alor Setar, kerusi bandar, juga di Kedah. P16 Baling adalah lebih daripada 10 kali ganda saiz P9 Alor Setar tetapi ia mempunyai 94,809 pengundi berbanding dengan hanya 73687 pengundi untuk Alor Setar.

“Oleh itu, bukan sahaja kerusi luar bandar seperti P16 Baling meliputi kawasan yang lebih besar, ia juga mempunyai lebih ramai pengundi daripada kerusi bandar seperti P9 Alor Setar (Rujuk Rajah 2 di bawah). Mengapakah persempadanan semula 2018 tidak membetulkan ketidakseimbangan ini?,” soalnya.

Begitu juga dibangkitkan dengan pertindanan kawasan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan menyukarkan pengundi.

Sebaik mungkin, SPR perlu memastikan satu kerusi parlimen tidak meliputi lebih daripada satu PBT, tetapi perkara ini berlaku dalam persempadanan semula.

“Kerusi parlimen P106 Damansara yang sekarang bernama PJ Utara. Bilangan pengundi di kawasan ini meningkat kepada 150,439 dengan kemasukan kerusi Dun N37 Bukit Lanjan.

“Sebahagian besar daripada P106 Damansara berada di bawah kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Tetapi SPR membuat keputusan untuk membawa masuk tempat mengundi yang berada di bawah Majlis Bandaraya Selayang (MPS) dan juga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke P106 Damansara.

“SPR membuat demikian walaupun banyak bantahan telah difailkan oleh pengundi di PJ Utara atas alasan ‘memelihara perhubungan tempatan’ dalam Siasatan Tempatan pertama persempadanan semula.

“Kenapa syarat memeliharakan perhubungan tempatan ini tidak dipatuhi oleh SPR?,” katanya.

Selain itu dalam persempadanan semula ini,turut tidak diselaraskan oleh SPR berkaitan dengan pemecahan mengikut kaum di sesuatu kawasan pilihan raya.

“Selepas persempadanan ini, pecahan kaum P107 Sungai Buloh akan menjadi 64% Melayu, 23% Cina, 12% India dan 1% pengundi lain. Sebelum persempadanan, P107 Subang mempunyai 47% M, 38% C, 13% I, 2% pengundi lain-lain. Persempadanan ini akan menjadikan P107 Sungai Buloh sebagai kerusi parlimen majoriti Melayu. Ia dipertandingkan oleh MIC dalam PRU13. Kemungkinan besar ia akan dipertandingkan oleh UMNO dalam PRU14.

“Selepas persempadanan ini, pecahan kaum P109 Kapar akan menjadi 69%M, 16%C, 15%I pengundi. Sebelum persempadanan, P109 Kapar mempunyai 51%M, 34%C, 14%I pengundi. Persempadanan ini menjadikan P109 Kapar sebagai kerusi parlimen majoriti Melayu. Ia dipertandingkan oleh MIC dalam PRU13. Kemungkinan besar ia akan dipertandingkan oleh Umno dalam PRU14.

“Selepas persempadanan ini, pecahan kaum P124 Bandar Tun Razak akan menjadi 58% M, 31% C, 8% I, 2% pengundi lain-lain. Sebelum persempadanan semula, P124 Bandar Tun Razak mempunyai 52% M, 37% C, 9% I, 2% pengundi lain-lain. Persempadanan semula ini telah meningkatkan % pengundi Melayu di kerusi ini. Ia dipertandingkan oleh MCA dalam PRU13. Kemungkinan besar Umno akan bertanding di kerusi ini pada PRU14,” hujahnya.

Justeru Kia Ming berkata, persempadanan ini seolah-olah dilakukan oleh SPR untuk membantu Umno dan pada masa yang sama, merugikan MCA, Gerakan dan MIC parti komponen dalam BN yang mewakili bagi kaum India dan Cina.

 

 

5.0
OVERALL SCORE
: 5.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS