Malaysia Dateline

6 laporan polis diterima terhadap pendakwah selebriti, 2 di Klang, 1 di Shah Alam dan 1 di Kajang

Setakat ini polis Kontinjen Selangor telah menerima 6 laporan polis iaitu 2 di dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, satu di IPD Shah Alam dan satu di IPD Kajang ke atas seorang pendakwah selebriti tanah air

semua laporan polis itu dibuat oleh empat individu berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh seorang penceramah bebas.

Empat laporan polis dibuat di Selangor manakala dua lagi dibuat mangsa di Negeri Sembilan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan pernah mengikuti program motivasi bersama suspek berusia 40-an itu sebelum ini dan daripada situ mereka saling mengenali.

“Malah selepas program terbabit mereka masih berhubung apabila suspek mengajak keluar bersama dan pernah menjemput mangsa datang ke rumahnya.

“Suspek juga difahamkan pernah ke rumah mangsa dan hubungan itu bertambah akrab sebelum remaja terbabit menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh selebriti berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro.

Mangsa berkenalan sewaktu mengikuti program sesi motivasi sebelum dipujuk dan paksa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.

Itu antara hasil siasatan awal polis membabitkan seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan empat laporan polis kes jenayah perbuatan seksual terhadap empat remaja lelaki.

Difahamkan suspek lelaki berusia 40-an terbabit sudah ditahan polis Khamis lalu, susulan laporan dibuat beberapa mangsa membabitkan remaja sekolah.

Sumber berkata, mangsa kes amang seksual fizikal terbabit mendakwa diarah melakukan perbuatan tidak senonoh oleh suspek yang pernah menyertai program realiti agama sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Baca juga: AMANAH sokong semua parti pembangkang bersama Pakatan Harapan, tetapi tidak Bersatu dan Pas

Baca juga: Bapa merajuk bawa diri tinggal di gua 30 tahun, 7 anaknya langsung tiada tanya khabar