6 perkara perlu dilakukan untuk kita ‘survive’ semasa inflasi meningkat

Oleh NASUHA RAHMAN

Kadar nflasi hari ini mula meningkat apabila pengguna dan perniagaan bersaing di antara satu sama, oleh itu 6 perkara ini perlu dilakukan untuk kita ‘survive’ ketika ini.

Peningkatan harga barang dan perkhidmatan, akan menyebabkan kesan penurunan kepada kuasa membeli.

Kesan kuasa membeli menurun adalah seperti contoh harga minyak masak tahun 2020 sekitar RM16.00 bagi 5kg, kini hampir cecah RM50, elok-elok RM32.00 boleh angkut 2 botol minyak masak, sekarang boleh beli satu sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, malah harga barangan makanan asas seperti sayur-sayuran telah meningkat sehingga 200%. Kos perbelanjaan satu isi rumah atau satu keluarga yang kebiasaannya pada kadar RM300-RM500 di pasaraya dahulu kini telah meningkat kepada sekitar RM450-700.

Sebenarnya peningkatan kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain akibat gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga yang meningkat secara mendadak.

Apa yang boleh kita lakukan untuk bertahan ketika ini

1.Jangan Berhenti Kerja.

Kita tahu bahawa musim COVID-19 lalu telah memberi kesan kepada banyak syarikat dalam sektor-sektor tertentu tidak dapat mencapai jualan tahunan, ada juga yang tidak dapat mencapai pulangan tertentu bagi menampung kos pembayaran gaji pekerja.

Hal ini telah menyebabkan majikan terpaksa let-go pekerja-pekerja mereka bagi menampung kos overhead serta operasi yang akan datang.

Jika anda masih lagi bekerja, bersyukurlah kerana ramai yang telah menganggur di luar sana sejak PKP tahun 2020 lagi. Gunakan peluang ini untuk menjaga asas ekonomi keluarga dan kebajikan.

2.Beli barang semasa ‘sale’

Biasa sangat turun ke lobi rumah apartmen, mesti penuh dengan barang-barang shopping dari Shopee, Lazada dan sebagainya. Setiap bulan pasti akan ada sale dilakukan menerusi platform-platform ini dan yang lain juga.

6 perkara perlu dilakukan untuk kita 'survive' semasa inflasi meningkat
Membeli belah ketika jualan

Namun adakah anda mengambil peluang ini untuk membeli barangan asas yang lebih murah? Ketahuilah ketika musim jualan hangat ini, barangan seperti susu bayi, pampers, makanan sejuk beku, peralatan dapur juga diberikan diskaun besar-besaran.

Daripada kita shopping ikut nafsu tak tentu hala, lebih baik manfaatkan ia kepada barangan keperluan harian kita!

3.Bawa bekal ke pejabat

Secara purata setiap hari pekerja akan membelanjakan sekitar RM15-RM30 untuk makanan sarapan, tengahari serta minum petang.

Kalau setiap hari tak henti kita berbelanja di luar kemungkinan besar kita boleh habiskan duit sehingga RM700 sebulan, banyak tu!

Apa kata kita tukarkan cara kita berbelanja itu kepada membawa bekal makanan dari rumah. Sekurang-kurangnya tiada tambahan kos dikenakan dari ‘duit dapur’ kita kerana hasil pembelian barangan asas itu juga dibawa sekali ke pejabat. Jimat bukan?

4.Tambahkan skill yang boleh jana pendapatan

Ada juga sektor-sektor pekerjaan yang mengamalkan sesi bekerja secara work-from-home (WFH). Akibat daripada perubahan kepada norma baharu ini, masih ramai lagi yang cuba menyesuaikan diri untuk menjadi lebih produktif ketika WFH.

Antara cara yang boleh menambahkan produktiviti kita adalah dengan cara tambahkan skill atau perhebatkan skill sedia ada yang boleh jana pendapatan.

Tambahkan skil seperti menulis atau skill suara latar

Seperti contoh dalam bidang penyiaran, ada pekerja yang cuba menambahkan skill suara latar dan juga skill menulis. Ini kerana setiap job dalam bidang ini boleh dapat bayaran pada sekitar RM100 – RM500.

Ada juga yang sudah mula menambah ilmu cara nak buat kopi dan biskut sebagai satu hobi baru. Maklumlah sambil-sambil dapat mengisi masa lapang, boleh juga menambahkan pendapatan bila dijual.

5.Berniaga Part-Time

Nak berniaga sudah pasti kena ada ilmu, kena ada skill tertentu dan jiwa kena kental. Berniaga secara part-time juga salah satu alternatif terbaik untuk menambah pendapatan ketika kita sedang tertekan dengan keadaan kos sara hidup kini.

Namun yang demikian, buat secara part-time agar ia tidak mengganggu kerja hakiki kita yang telah diamanahkan majikan.

Berniaga secara sambilan ini anda boleh fokus kepada menjadi agen dropship, menjual makanan atau minuman, menjual buku, menjual pakaian kanak-kanak, dan macam-macam lagi.

6.Tambahkan simpanan

Terdapat pelbagai inisiatif kerajaan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia sejak pandemik ini berlaku. Antara yang diberikan seperti bantuan pemberian tunai seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Geran Khas Prihatin (GKP), pengeluaran i-Citra & i-Lestari di KWSP dan moratorium pinjaman bank selama satu tahun malah membenarkan pengeluaran KWSP!

Melalui inisiatif ini ia turut sama membantu dan mampu menambahkan jumlah simpanan kita daripada tiga ke empat angka kepada lima angka.

Baca juga: Minum kopi dapat kurangkan risiko mati awal, betul ke?