Malaysia Dateline

6 petua mudah dan jimat halau tikus bermaharajalela dalam rumah

Selain perangkap, kita boleh mencuba 6 petua untuk menghalau tikus daripada bermaharajalela di dalam rumah kerana air kencing tikus boleh membawa kematian.

Tidak dinafikan mana-mana penghuni rumah cukup geram apatah lagi binatang itu merosakkan pakaian dan meninggalkan najis di celah-celah almari dan perabot yang dijadikan sarang mereka.

Kadang-kadang kedengaran seolah-olah ada seseorang sedang berada di dapur apabila kumpulan binatang ini mula meneroka di kawasan pinggan mangkuk.

Mungkin ada yang jenis tikus sangat kebal dan cerdik apabila kita meletakkan perangkap di laluan mereka, mungkin sekali kena sahaja kali kedua tikus sudah tahu di situ ada perangkap.

6 petua boleh kita cuba praktikan untuk halau tikus dalam rumah. Perlu diingat tikus merupakan binatang dalam kategori parasit rumah yang membawa kekotoran dan sentiasa memberi kerosakkan terutama di sekitar ruangan dapur,

Di samping membawa risiko penyakit berjangkit seperti kencing tikus. Kehadiran binatang ini sememangnya menjelikkan tetapi bagaimana cara mengatasinya?

Berikut adalah 7 petua halau tikus dari rumah yang boleh anda ikuti, lebih penting petua yang di perturunkan adalah mudah dan jimat.

Daun durian belanda :

Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Jering dan tangkai jering :

Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul. Bau jering akan menjengkelkan tikus itu, percayalah

Lada hitam :

Taburkan kawasan yang di syaki tempat laluan tikus dengan lada hitam. Tikus tak suka lada hitam kerana hidungnya sangat sensitif.

Perangkap :

Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering di lalui tikus. Letakkan sedikit tepung pada perangkap itu untuk menarik tikus ke situ.

Kucing :

Bela kucing kampung, kucing kampung adalah jenis pemburu hebat, rumah yang mempunyai kucing kampung biasanya jarang ada tikus.

Burung hantu :

6 petua mudah dan jimat halau tikus bermaharajalela dalam rumah

Bela burung hantu, tikus juga merupakan diet utama pada burung hantu. Juga merupakan pemburu hebat seperti kucing, (jika anda tinggal berhampiran sawah padi atau ladang sawit).

6 petua halau tikus dari rumah ini adalah alternatif terbaik dalam mengatasi tikus yang membiak di rumah kita, pilih yang mana bersesuaian dengan anda. Semoga masalah tikus di rumah anda dapat di atasi.

Selamat mencuba.

Baca juga: Penjawat awam Indonesia boleh kerja dari rumah selama seminggu lepas Aidilfitri

Baca juga: Tujuh sebab anda tidak boleh tengking anak