Bagi menghadapi bencana di Malaysia, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan projek secara rundingan terus telah dibatalkan.
Anwar dalam pembentang Belanjawan 2023 tidak mahu segala rundingan terus yang dibuat secara tergesa-gesa.
“Saya telah tegaskan perolehan rundingan terus yang dibuat dengan tergesa-gesa tanpa penelitian hanya membazirkan wang rakyat terutamanya berkait soal tebatan banjir.
“Sedangkan projek ini mustahak dan menelan belanja yang besar. Projek tebatan banjir sebelum ini telah dibatalkan dan kini sedang dalam siasatan dan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Menurut Anwar, projek cakna rakyat dan berimpak tinggi mesti dilaksanakan secara tender supaya menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada Kerajaan.
Sebagai contoh, negara dijangka mampu jimat RM2 bilion ringgit daripada jumlah RM15 bilion peruntukan tebatan banjir yang disediakan sebelum ini, maka segala pelaksanaan perolehan mesti dibuat secara tender.
Pada tahun ini Anwar memaklumkan enam projek tebatan banjir akan di-tender semula dengan segera selewatnya bulan Jun 2023.
Projek ini melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor. Pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor.
Projek lain adalah Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.
Baca juga: Perkenal semula Cukai Barangan Mewah, kenakan duti eksais dalam Belanjawan 2023