60 pelajar sertai Kem Tahfiz Anak Soleh di Kepala Batas

60 pelajar sertai Kem Tahfiz Anak Soleh di Kepala Batas

AMANAH Kepala Batas mengambil insiatif bagi mengisi masa lapang pelajar dengan menganjurkan Kem Tahfiz Anak Soleh bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga, Pinang Tunggal dan juga Bertam.

Menurut Ketua kawasan, Ramli Omar, program yang dianjurkan adalah bagi melahirkan generasi huffaz pada masa akan datang.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk menarik minat anak-anak untuk menghafal ayat-ayat suci Al Quran.

“Dalam program ini kita turut menerapkan nilai-nilai akhlak sejajar dengan tuntutan agama Islam sebagai usaha untuk membentuk peribadi pelajar.

“Disamping itu, program ini juga mengenengahkan fasilitator yang terdiri daripada anak-anaka Ahli IKRAM yang sedang belajar di Maahad Tahfiz sedia ada.

“Manakala pengisiannya adalah merangkumi hafazah surah pilihan, pemantapan bacaan Al Quran, Ilmu Tajwid serta penyempurnaan ayat-ayat hafazan, ” ujarnya lagi.

Ramli Omar menyampaikan sijil kepada seorang pelajar yang menyertai Kem Tahfiz Anak Soleh anjuran  AMANAH Kepala Batas.

Malah kata beliau lagi, program dengan kerjasama IKRAMTEENS Seberang Perai Utara serta Pusat Khidmat HARAPAN Kepala Batas tersebut mampu memberi impak yang positif kepada para pelajar yang mengikuti program mulai 2 hingga 6 Disember semalam.

Justeru itu tegasnya, adalah menjadi harapan program sedemikian mampu memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar serta keluarga.