60 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

60 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Kira-kira 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 60 rumah di blok 6, 7 dan 8 Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 12.55 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian dengan tiga jentera bersama 31 anggota.

“Ketika sampai api sedang marak serta banyak rumah musnah dan kebakaran yang dapat dikawal pada 2.28 pagi menggunakan sumber air sungai dan laut,” katanya kepada pemberita.

{loadposition myposition}

Menurutnya seorang warga emas Sabon Ola, 82, dikejarkan ke hospital selepas pengsan dan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas kerana penyakit.

Shaharuddin berkata Bomba Tawau turut menerima bantuan daripada pihak polis, Bomba Kunak, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela, Jabatan Kesihatan serta Angkatan Pertahanan Awam dalam usaha memadam kebakaran.

 

CATEGORIES
TAGS