Malaysia Dateline

62 pelajar terima sumbangan basikal

Seramai 62 pelajar asnaf daripada Parlimen Parit Buntar menerima basikal sumbangan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa Adun TiTi Serong Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Ketika ditemui , Dr Mujahid memaklumkan bahawa sumbangan tersebut merupakan suatu galakan kepada pelajar terpilih untuk ke sekolah.

“Selain itu, sumbangan ini membantu meringankan beban ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah

“ Sejak menjadi kerajaan , banyak sumbangan kepada golongan asnaf telah diberikan dan pada hari ini anak-anak ini menerima sumbangan basikal untuk ke sekolah ,” katanya ketika berucap pada Majlis Sembang Santai dan Penyerahan Sumbangan Basikal di Surau Nurul Iman, Tanah Kebun baru=baru ini.

Sementara itu, Hashim Ahmad, 56, bapa kepada pelajar yang menerima sumbangan basikal hari ini memanjatkan rasa syukur kerana ini merupakan pertama kali beliau dan keluarga menerima sumbangan basikal.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Parit Buntar kerana banyak memberi sumbangan seperti membekalkan basikal kepada pelajar-pelajar yang layak dan berharap sumbangan basikal ini dapat membantu memudahkan perjalanan para pelajar untuk berulang-alik ke sekolah nanti.

“Dengan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban hidup saya sekeluarga di mana saya harus menyara anak seramai empat orang dan hanya berpendapatan cukup makan sahaja sebagai seorang petani,” kata Hashim Ahmad