Malaysia Dateline

6,241 jangkitan baharu, 42 peratus kes di Lembah Klang

Sebanyak 6,241 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 42 peratus daripadanya dikesan di Lembah Klang.

Angka baharu ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat ke 616,815 kes.

Selangor masih kekal menjadi negeri mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,178 kes manakala Kuala Lumpur (415) dan Putrajaya 30 kes.

Sarawak menduduki tangga kedua tertinggi jangkitan hari ini iaitu 600 kes diikuti Johor (565); Negeri Sembilan (556); Kuala Lumpur (415) dan Sabah (305).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan hanya Perlis mencatatkan pertambahan kes satu digit iaitu dua kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, hari ini.