Turki beku aset individu punyai kaitan dengan pengganas

Turki beku aset individu punyai kaitan dengan pengganas

Turki pada Khamis membekukan aset milik Hajji Abd al-Nasir yang brasal dari Iraq kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas dan tindakan itu sejajar dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut dekri presiden dalam Warta Rasmi, aset al-Nasir dibekukan kerana beliau dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh dan Al-Qaeda.

Menurut resolusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB 1267, 1988 dan 1989, “Semua negara dikehendaki membekukan serta-merta dana serta aset kewangan lain atau sumber ekonomi individu dan entiti yang ditetapkan.”

— BERNAMA