Malaysia Dateline

6,320 kes baru, 652 pesakit dalam ICU

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang membadai negara sejak awal tahun 2020 kini sudah melebihi bilangan 500,000 kes.

Ini selepas berlaku pertambahan kes baru pada hari ini iaitu sebanyak 6,320 kes menjadikan kumulatif kes baru setakat ini adalah 505,115 kes.

Jumlah Kes kematian dicatatkan pada hari ini sebanyak 50 kes menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 2,199.

Kes yang masih dirawat di ICU seramai 652 pesakit di mana seramai 370 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan

Negeri Selangor menunjukkan sedikit penurunan kes baru pada hari ini iaitu 1,647 kes bagaimanapun negeri ini masih berada di kedudukan paling tinggi berbanding negeri lain.

Ini diikuti Sarawak mencatat jumlah 749 kes baru dan Kuala Lumpur mencatat 654 kes baru pada hari ini.

Bagaimanapun negeri Kelantan menunjukkan peningkatan kes baru iaitu 613 pada hari ini berbanding semalam iaitu 467.