Malaysia Dateline

6,437 kes positif Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 6,437 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sebanyak 745,703.

Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 2,299 kes, dan diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,361 kes. Manakala, Negeri Sembilan (700), Kedah (284), Johor (271), Melaka (252), Pahang (250), Sarawak (242).

Sementara itu Perak (184), Sabah (178), Kelantan (131), Labuan (117), Pulau Pinang (115), Putrajaya (32), Terengganu (21), Perlis (0).